Saturday, February 5, 2011

Kampungku...

Baru tadi aku sampai rumah dari kampung. Seronok balik kampung sekali sekala. Dapat gak la aku tengok suasana kampung. Kalau dah duduk dalam bandar (bajet budak bandar la kau waniey), sekali sekala pulang ke kampung memang seronok. Ok, ari ni aku nak cerita pasal kampung aku.

Actually aku ni dah tak ade kampung dah sebenarnya. Tapi belah mak aku la. Belah abah aku lak ade kat segamat.Kampung asal aku kat Kampung Kemahang, Lipis. kat situ lah mak aku berjuang nak melahirkan aku ni hah. Sekejap aku tinggal kat kampung tu, pastu aku tinggal kat Bandar Jengka pulak sebab mak abah aku memang keje kat sana.

Nak jadikan cerita, aku suka balik kampung aku ni. Ade air terjun. Aku ingat lagi time aku kecik2 aku suka ikut aki aku (apak mak aku) pergi kedai waktu petang. Aku time kecik2 dulu kalu petang2 memang aku aim aki aku tu. Aku dok peghati je gerak geri dy. Kalu dia da start amek kunci kereta katak dy tu, mula la aku wat muka kesian duduk kat beranda kat depan tuh. Dengan cara tu, dapat la aku ikut dy pegi kedai untuk mendapatkan makanan ringan, jajan mahupun cekedis (kalau pak cik aku panggil kue) sebarang dua untuk ditunjukkan kepada akak dan adik aku.. huhu.. blagak3.. Tapi dalam kete aku tak cakap ape pun.Sampai ke besor la pangai aku macam ni. Bila da sampai rumah baru la aku dengan riaknye menunjukkan makanan2 yang aku kikis duit aki aku tadik.. hikhik2..

Bila time pose, aku suka ikot pak cik aku, pergi mandi air terjon. Punye pandai tak pandai la pak cik aku ni bawak aku konon2 nak pegi kedai je, sapp!! dy bawak aku teros g air terjon. Maklom la, time tu pak cik aku pun budak2 lagi. Seingat aku dy dlm usia lepasan SPM cam tu la. Aku pun tak sure. Tapi sekarang, aku rindu betul tempat tu. Aku tak ingat dah ape name tempat air terjon tu tapi tiap kali aku lalu kat kawasan tu, mesti aku cuba ingat balik name air terjun tu. Kat situ tak de signboard bubuh nama air terjun tu. Tak pe, nanti aku cuba carik.

Pas tu, aku masa kecik2 dulu dalam umor 7 8 taun cam tu, aku ngan adik aku suka balik kampung. Kitorang suka habiskan sisa2 cuti sekolah kat sana. Ade satu time ni aku ngan adik aku yang hat pompuan tu kene tinggal kat kampung sebab mak abah aku ade kerja di luar kawasan ( xleh blah nye ayat). Lama gak la kitorang tinggal kat kampung. Masa tu kitorang dapat kawan nagn budak kampung ni. Sorang nama Yun n akak dy name mende tah aku tak ingat. So berkawan la kitorang ngan budak ni. Cite sal budak ni aku citer entry yang lain sebab banyak gak kes aku ngan budak2 ni buat masa kat kampung dulu.

Jadi sekarang, kampung aku tu dah berkubur. Maksud aku, kampuang tu ade lagi, tapi rumah arwah wan ngan aki tu dah tak ade orang duduk. Anak2 sume dah ade haluan masing2. Pokok pun dah tumbuh kat dalam rumah tu. But siesly aku rindu gila suasana kat kampung.

Jadi kalau time raya ke atau masa2 cuti, biasanya kami sekeluarga akan pulang ke rumah mak ngah kat Benta. Itu je lah kira kampung kitorang kat Pahang ni. Ada masa kadang2 kitorg g jugak tengok rumah kampung kat Kemahang tu. Tapi sape berani nak masuk rumah yang dah tak nampak macam rumah ye dak? Tengok je lah cam tu.

Tapi tu lah, kalau dah membesar dekat kawasan macam bandar ni kan, kalau masuk kampung agak kekok la. Itu aku. Aku xnak gak dilabelkan budak bandar sebab aku pun asal dari kampung cuma membesar tidak 100% cara orang di kampung. Ape pun, aku tetap orang kampung. Masak lemak, tempoyak, ulam2 sumer aku makan. Itu dah cukup membuktikan aku orang kampung kan3?? hahaha.. (ape kau merepek ni waniey oii)

Macam biasa, aku selalu ketandusan bab menulis. tak ape, USAHA ESKELETOR KEJAYAAN!!






~ tak semua yang baik dipandangan mata manusia itu, baik di pandangan Allah. Yang penting, hati kena mau bersih baru orang senang dengan kita... go2 waniey!!



Tuesday, February 1, 2011

menyendiri lagi.. menyendiri lagi....

Dedali- disaat ku mencintaimu

konseppp... ari ni aku ase macam lonely semacam.. dia pergi mencari ketenangan kerana fikirannya yang bercelaru.. disebabkan aku mungkin...

Hanya kerana isu kecil disaat aku sedang membuat kuih diruangan tamu, dingin je rasanya.. tapi bagi aku, itu bukan perkara kecil.. tak tahu mengapa, isu itu cukup membuatkan aku toucing nak mati...


salah ke kalau seorang perempuan tu tak pandai masak? bukan tak tahu tapi barangkali tidak lah setaraf seperti ibu2 yang telah bertahun menjadikan dapur itu sebagai medan untuk menambat hati para suami..

konsepnya.. aku masih belum bersuami tapi aku juga berusaha untuk memperbaiki skill masakan aku..

Bagi aku.. untuk seseorang yang masih belum sah tarafnya sebagai teman hidup kepada seorang wanita itu, tak patut rasanya wanita itu dinilai hanya pada ciri fizikal yang ada padanya sahaja.. dunt judge the book by its cover beb..


kesimpulannya.. berlegar2 lagu dedali tu dalam kepala otak aku sekarang....




~~ ikut lah syariat.. insya Allah... bahagia here and here after.. (en.shehdi)
berserah.. itu sahaja yang aku mampu lakukan.. aku harap, bila tiba masa untuk aku membuat keputusan yang paling tepat, aku akan lakukan yang terbaik dan tiada penyesalan lagi...

mood - down......