Monday, November 14, 2011

Untung


Aku rasa aku beruntung dikurniakan dia sebagai teman aku. I didn't know how to explain this feeling. Rasa macam nak ckp depan2 "awak saya rasa saya tak akan lepaskan awak". Rasa mcam sayang bantal busuk. Sifatnye bantal busuk tu walau dah lame bersama kita, walau namanye bantal busuk tapi malam2 itulah objek yang kite akan cari dulu sebelum tido. Dakap penuh kasih sayang. Sebab ia adalah bantal busuk.... Selamat malam... i do, love u.




hug

aku tak suka 1


Hai korang!! (bajet ade orang bace la kan)

Hari ni aku nak listkan beberapa perkara yang aku tak suka bila buka blog2 orang lain. Aku harap tak ade la yang terasa atau merasa dengan tidak senangnye dengan list2 aku ni sebab suka hati aku la nak tulis ape sebab ni blog

aku. Hak hak hak..phui

#1 Lagu
"Jongang jongang jongang! oh halimah jongang! jongang jongang jongang halimah gigi jongang...." Debush pang pung pang aku ase nak sepak pemilik blog yang wat lagu macam nih. Sian kak Halimah tuh. Apa yang aku nak highlight kan di sini adalah, kesian la kat kami2 yang nak baca blog anda tu. Camne nak bace lagi, nak dengar lagu lagi. Bagi aku agak terganggu sebenarnya situasi macam tu. Kalu aku, bukak, dengar je lagu, aku tak kejam terus tekan ctrl +f4. Tapi aku akan cari tempat nk stopkan lagu tu dulu, kalu ta
k ade babai lah jawabnye walaupun aku ade option untuk silentkan volume tuh. Sebab aku lebih suka baca blog yang mudah dan tak menyebabkan aku migrain 2 3 ari terlantar atas katil gara2 lagu2 tersebut. (itu aku tipu)




#2 Lihat bawah
Ni lagi satu perangai aku tak suka. Tengah2 syok baca tu tetibe nak kene click untuk tahu cerita selanjutnya. Aku biasanye open new tab je tapi cukup dah nyusahkan aku. Aku lebih suka blogger yang memudahkan blogwalker macam aku ni nak membaca. Boleh aku nak follow selalu. Tak payah nak susah2 dan susahkan orang lain nak membaca blog anda. U senangkan I, I senagkan U, adilkan?




#3 Typo error
Yang ni sume orang buat silap. Aku pun sama juga. tapi aku dah ubah gaya penulisan aku sebab aku nak kasi semua orang faham apa yang aku nak tulis. Hehee.. sekali lagi aku bajet. maksud aku yang typo error neh kalu blog orang tu memang jenis penulis ikit bahasa ibunda kita dan kita seronok je nkabace tetibe ade typo error. "errk? awak2, aritu saya ade bace blog awak, tapi kenapa awk tulis" Jumpa lagi, b**i semuaaaaa!!!!' sampai hati awak memb**ikan kami peminat kipas susah mati blog awak, isk..isk...(menagis atas bahu penulis)" Tak ke dia dah mencemarkan reputasi beliau sendiri dan membiarkan peminat susah nak mati tu bertempiaran lari mencari penulis yang lebih berkaliber macam abang khairul. Hekhekhek... tapi orang kata kalu da suka apa pon boley...





#4 Gambar
1 2 3.. smile!! tangkap sana! tangkap sini! pose lagi!! hah ni lagi satu. Aku pon suke tengok blog2 yang banyak gambar2 neh tapi aku tak bape nak kenan kalu letak gamba yang bukan2. Kalu macam perempuan pula khususnya remaja yang berhijab ni aku sarankan tak payah le letak gambar beria2 sangat. tak manis dipandang orang. Lagi2 kalu dekat laman sosial. Kesian pon ade aku tengok gadis2 skang ni memaparkan kecantikan mereka macam tu sahaja. Aku dah lame dok peghati je orang2 yang macam nie. Dalam ati kecik aku ni berdoa la supaya mereka cepat2 sedar.Biarla kita simpan anugerah tuhan tu untuk insan2 yang tepilih sahaja. Pernah tahu tak ade orang menyihir melalui laman sosial?? haaa.. mesti takut kan?? jadi hadkan lah gambar2 anda yang posing sana sini tak tentu arah wat mata bulat, pipi kembung dan baaaajet ayu tu.. kalu dalam henpon tu tak ade langsung gambar anda lagi baik.. Tapi kalu tanya aku dalam enpon aku tu memang penuh gamba aku sorang je. Lantak lah enpon aku. Apa da hal....

"kesian kan lah saya, saya nk glamer jugakkkk"



Itu sahaja lah aku ase yang mampu aku contengkan. Kalu ade yang terasa ati tu ampun maaf dipinta. Ini blog aku Apa da hal... (actually, aku pun tak tahu the rule of blogging. kalu ade sesiapa nak share, silakan....)

Monday, May 23, 2011

nak tahu sesuatu???

aku memang tak rajin nak hapdet aku punye blog ni..

rasa banyak benda aku nak conteng2..

malangnya idea bercampur baur..

jadi..

aku memang tak rajin nak hapdet blog... terima kasih

Saturday, February 5, 2011

Kampungku...

Baru tadi aku sampai rumah dari kampung. Seronok balik kampung sekali sekala. Dapat gak la aku tengok suasana kampung. Kalau dah duduk dalam bandar (bajet budak bandar la kau waniey), sekali sekala pulang ke kampung memang seronok. Ok, ari ni aku nak cerita pasal kampung aku.

Actually aku ni dah tak ade kampung dah sebenarnya. Tapi belah mak aku la. Belah abah aku lak ade kat segamat.Kampung asal aku kat Kampung Kemahang, Lipis. kat situ lah mak aku berjuang nak melahirkan aku ni hah. Sekejap aku tinggal kat kampung tu, pastu aku tinggal kat Bandar Jengka pulak sebab mak abah aku memang keje kat sana.

Nak jadikan cerita, aku suka balik kampung aku ni. Ade air terjun. Aku ingat lagi time aku kecik2 aku suka ikut aki aku (apak mak aku) pergi kedai waktu petang. Aku time kecik2 dulu kalu petang2 memang aku aim aki aku tu. Aku dok peghati je gerak geri dy. Kalu dia da start amek kunci kereta katak dy tu, mula la aku wat muka kesian duduk kat beranda kat depan tuh. Dengan cara tu, dapat la aku ikut dy pegi kedai untuk mendapatkan makanan ringan, jajan mahupun cekedis (kalau pak cik aku panggil kue) sebarang dua untuk ditunjukkan kepada akak dan adik aku.. huhu.. blagak3.. Tapi dalam kete aku tak cakap ape pun.Sampai ke besor la pangai aku macam ni. Bila da sampai rumah baru la aku dengan riaknye menunjukkan makanan2 yang aku kikis duit aki aku tadik.. hikhik2..

Bila time pose, aku suka ikot pak cik aku, pergi mandi air terjon. Punye pandai tak pandai la pak cik aku ni bawak aku konon2 nak pegi kedai je, sapp!! dy bawak aku teros g air terjon. Maklom la, time tu pak cik aku pun budak2 lagi. Seingat aku dy dlm usia lepasan SPM cam tu la. Aku pun tak sure. Tapi sekarang, aku rindu betul tempat tu. Aku tak ingat dah ape name tempat air terjon tu tapi tiap kali aku lalu kat kawasan tu, mesti aku cuba ingat balik name air terjun tu. Kat situ tak de signboard bubuh nama air terjun tu. Tak pe, nanti aku cuba carik.

Pas tu, aku masa kecik2 dulu dalam umor 7 8 taun cam tu, aku ngan adik aku suka balik kampung. Kitorang suka habiskan sisa2 cuti sekolah kat sana. Ade satu time ni aku ngan adik aku yang hat pompuan tu kene tinggal kat kampung sebab mak abah aku ade kerja di luar kawasan ( xleh blah nye ayat). Lama gak la kitorang tinggal kat kampung. Masa tu kitorang dapat kawan nagn budak kampung ni. Sorang nama Yun n akak dy name mende tah aku tak ingat. So berkawan la kitorang ngan budak ni. Cite sal budak ni aku citer entry yang lain sebab banyak gak kes aku ngan budak2 ni buat masa kat kampung dulu.

Jadi sekarang, kampung aku tu dah berkubur. Maksud aku, kampuang tu ade lagi, tapi rumah arwah wan ngan aki tu dah tak ade orang duduk. Anak2 sume dah ade haluan masing2. Pokok pun dah tumbuh kat dalam rumah tu. But siesly aku rindu gila suasana kat kampung.

Jadi kalau time raya ke atau masa2 cuti, biasanya kami sekeluarga akan pulang ke rumah mak ngah kat Benta. Itu je lah kira kampung kitorang kat Pahang ni. Ada masa kadang2 kitorg g jugak tengok rumah kampung kat Kemahang tu. Tapi sape berani nak masuk rumah yang dah tak nampak macam rumah ye dak? Tengok je lah cam tu.

Tapi tu lah, kalau dah membesar dekat kawasan macam bandar ni kan, kalau masuk kampung agak kekok la. Itu aku. Aku xnak gak dilabelkan budak bandar sebab aku pun asal dari kampung cuma membesar tidak 100% cara orang di kampung. Ape pun, aku tetap orang kampung. Masak lemak, tempoyak, ulam2 sumer aku makan. Itu dah cukup membuktikan aku orang kampung kan3?? hahaha.. (ape kau merepek ni waniey oii)

Macam biasa, aku selalu ketandusan bab menulis. tak ape, USAHA ESKELETOR KEJAYAAN!!






~ tak semua yang baik dipandangan mata manusia itu, baik di pandangan Allah. Yang penting, hati kena mau bersih baru orang senang dengan kita... go2 waniey!!



Tuesday, February 1, 2011

menyendiri lagi.. menyendiri lagi....

Dedali- disaat ku mencintaimu

konseppp... ari ni aku ase macam lonely semacam.. dia pergi mencari ketenangan kerana fikirannya yang bercelaru.. disebabkan aku mungkin...

Hanya kerana isu kecil disaat aku sedang membuat kuih diruangan tamu, dingin je rasanya.. tapi bagi aku, itu bukan perkara kecil.. tak tahu mengapa, isu itu cukup membuatkan aku toucing nak mati...


salah ke kalau seorang perempuan tu tak pandai masak? bukan tak tahu tapi barangkali tidak lah setaraf seperti ibu2 yang telah bertahun menjadikan dapur itu sebagai medan untuk menambat hati para suami..

konsepnya.. aku masih belum bersuami tapi aku juga berusaha untuk memperbaiki skill masakan aku..

Bagi aku.. untuk seseorang yang masih belum sah tarafnya sebagai teman hidup kepada seorang wanita itu, tak patut rasanya wanita itu dinilai hanya pada ciri fizikal yang ada padanya sahaja.. dunt judge the book by its cover beb..


kesimpulannya.. berlegar2 lagu dedali tu dalam kepala otak aku sekarang....




~~ ikut lah syariat.. insya Allah... bahagia here and here after.. (en.shehdi)
berserah.. itu sahaja yang aku mampu lakukan.. aku harap, bila tiba masa untuk aku membuat keputusan yang paling tepat, aku akan lakukan yang terbaik dan tiada penyesalan lagi...

mood - down......

Sunday, January 9, 2011

kerat jari

ari ni kerat sayur ngn jari2 skali.. sakit..
tapi lagi sakit dalam hati ni..

Menangis dalam hati lebih perit dari menangis secara zahir. Sies. Biala sebab tangisan dalam hati itu tidak diketahui sebabnya, namun.. ia betul2 menyakitkan..

Tak tahu berapa lama masa nak ambil untuk pulih.. and i realize something from that incident..



~ perubahan selepas ini adalah mungkin kerana 'itu'.
still looking for that 'something'...

Saturday, January 1, 2011

its 0000 in 1 January 2011

Alhamdulillah.. aku masih hidup lagi untuk mengecapi hari ini.. 1/1/2011

Masihkah aku dapat merasai 1/1/20_ _ untuk tahun2 yang akan datang?? waallahualam.....

Jam 10mlm, ak da sediakan teks ucapan untuk incik penyu.. xpanjang mane la, tapi cukup untuk membuatkan dia mengerti maksud ku.. (gittu..) Enpon ku gapai... Dengan susunan ayat yang simple, banyak kali gak la edit sebab takut tak tercapai maksud nati.. seterusnya, butang merah untuk menyimpan di dalam draf...

Menuggu detik 0000 malam....





menuggu








menuggu..










dan menuggu....














***********











masih menuggu....














Jam 0000










POM PANG POM!! DUSH DUH!! PHEWWWW!!! POMPOMPOM!!!
Bunyi mercun anak2 apek taman depan dan sebelah berkonsert riang..






Enpon yang ku tinggalkan sebentar td ku gapai kembali...

bukak draft...


send..








0030




tak ada balasan dari incik penyu.......






Jam 0200
Enpon bernyanyi menandakan ada mes masuk....
(time ni ak da selamat dah, sambil memujuk hati)







~azam tahun ni...
saya berazam agar incik penyu lebih alert ye mengenai tarikh2 penting kita.. <3
love you...