Monday, May 28, 2012

semuanya bersebab...

kenapa bila kite marah tetap rasa rindu?
kenapa kite sanggup buat apa sahaja untuk dia walau kita yang sakit?
kenapa kita tak pernah rasa dia tak pernah tak ade dalam hidup kita biar pun seminit?
kenapa kite rasa tenang biar pun kita marah?
kenapa kite tak sanggup nak buat dia sakit sebab kite?
kenapa kita akan sentiasa rasa bahagia bila dengan dia?



sebab...




dia tak pernah letih melayan kita..
dia tak pernah merungut tentang perangai kite yang tak tentu hala...
dia tak pernah rasa dia keseorangan..
dia tak pernah rasa mengantuk ketika 'on call' dengan kita padahal ms tu mata sebenarnye mata pn xleh bukak.
dia tak pernah jemu untuk lihat kita..
dia tak pernah rasa sedih bila kite da kecewakan dia..
dia juga tak akan penah jemu untuk rindu kite dan sayangkan kita smpai bila-bila....






::mood= jiwang mintak kne pelempang.

Monday, January 9, 2012

Berubah??

Salam petang hari..

Hari ini aku rasa macam sedikit serabut mungkin. Sebab perkataan ini bermain2 di kepala otak aku nie tak henti2. "Berubah"

Ya, berubah! Ada suatu sisi diri aku ini berbisik, "bila lagi engko nak berubah wani.." Aku tertanya2, apa yang perlu aku ubah kan?

Banyak! yes! terlalu bayak perkara yang perlu aku ubah dalam hidup aku ini. Pertama sekali adalah dalaman diri aku. As for now, i am a student and i need to change my attitude and behavior to ensure that i can keep all meaningful knowledge given by Allah till death. Paham tak apa yang cuba aku tekankan disini? Yes! kalu hati tak bersih macam mana ilmu nak lekat, nak kekal sepanjang hayat.. isn't? Sebab sekarang aku da rasa effectnye bila hati kita tak bersih (semua org buat pkre y salah). Dan aku rasa memang tak bes dalam situasi yang macam ni. Dan aku harap aku dapat ubah itu.

Kedua, surrounding. Aku tak boleh ubah persekitaran aku sebab ia memang begitu. Apa yang boleh aku buat adalah melawan persekitaran yang tak mendatangkan faedah untuk aku. Dan aku harus KUAT untuk itu. KUAT adalah kata kuncinya.

Ketiga, hubungan. Hubungan yang aku maksudkan adalah sesama manusia di atas muka bumi ini tak kira ahli keluarga, rakan2, guru2 dan apa sahaja makluk y masih didefinasikan sebagai manusia. Kalau kita nak org suka kita, kita kene suka org dulu. Bila kita dah sama2 suka, kita mesti jaga batasan antara kita dan org tersebut. 
 
Lastly, Adat. Aku sebenarnye tak berapa suka dengan adat Melayu yang taksub dengan kemelayuan. Biar la adat Melayu yang berlandaskan adab yang telah pun disenaraikan dalam Islam. Sebagai contoh yang aku dapat lihat sekarang, keluarga. Masa kita kecik2, mak ayah kita mesti suruh kita salam dengan pakcik2 dan makcik2 kite kan. Itu adat sebab anak muda melayu digambarkan sangat menghormati orang yang lebih tua darinya. Sampai la da besar dibawanya adat itu. But somehow, apabila kite da besar, kita tak boleh bersalaman atau bersentuh dengan pakcik2 dan makcik2 kita. Ape bende lah budak comel ni mengarut? takkan ngn pakcik2 n makcik2 pn xleh nak salam??? gile ke ape??
Sabar kalian semua... Kita tak boleh bersalam dengan pakcik2 n makcik2 yang tak ade pertalian darah dengan kita. Contoh, mak korang ade abang (Pak Long). So Pak Long korg kawen ngn Mak Long. Kalu korg anak sedara lelaki, korg Batal air sembahyang korang kalu bersentuh dengan Mak Long korg tu. Kalu korg anak sedara perempuan, Tak batal air sembahyang korg kalau bersentuh dengan Pak Long korg sbb Pak long korg tu adalah abang mak korg. Mcm tu la maksud aku... nak keterangan lanjut bole la tanye ustaz2 tau ustazah2 terpilih..


Itu je aku nak conteng, harap2 aku akan boleh untuk berubah untuk masa hadapan.. Dah tua nati dah liat, susah na berubah... adiosss

Cinta tiada batasan, namun pergaulan itu masih terbatas.. <3

Monday, November 14, 2011

Untung


Aku rasa aku beruntung dikurniakan dia sebagai teman aku. I didn't know how to explain this feeling. Rasa macam nak ckp depan2 "awak saya rasa saya tak akan lepaskan awak". Rasa mcam sayang bantal busuk. Sifatnye bantal busuk tu walau dah lame bersama kita, walau namanye bantal busuk tapi malam2 itulah objek yang kite akan cari dulu sebelum tido. Dakap penuh kasih sayang. Sebab ia adalah bantal busuk.... Selamat malam... i do, love u.




hug

aku tak suka 1


Hai korang!! (bajet ade orang bace la kan)

Hari ni aku nak listkan beberapa perkara yang aku tak suka bila buka blog2 orang lain. Aku harap tak ade la yang terasa atau merasa dengan tidak senangnye dengan list2 aku ni sebab suka hati aku la nak tulis ape sebab ni blog

aku. Hak hak hak..phui

#1 Lagu
"Jongang jongang jongang! oh halimah jongang! jongang jongang jongang halimah gigi jongang...." Debush pang pung pang aku ase nak sepak pemilik blog yang wat lagu macam nih. Sian kak Halimah tuh. Apa yang aku nak highlight kan di sini adalah, kesian la kat kami2 yang nak baca blog anda tu. Camne nak bace lagi, nak dengar lagu lagi. Bagi aku agak terganggu sebenarnya situasi macam tu. Kalu aku, bukak, dengar je lagu, aku tak kejam terus tekan ctrl +f4. Tapi aku akan cari tempat nk stopkan lagu tu dulu, kalu ta
k ade babai lah jawabnye walaupun aku ade option untuk silentkan volume tuh. Sebab aku lebih suka baca blog yang mudah dan tak menyebabkan aku migrain 2 3 ari terlantar atas katil gara2 lagu2 tersebut. (itu aku tipu)




#2 Lihat bawah
Ni lagi satu perangai aku tak suka. Tengah2 syok baca tu tetibe nak kene click untuk tahu cerita selanjutnya. Aku biasanye open new tab je tapi cukup dah nyusahkan aku. Aku lebih suka blogger yang memudahkan blogwalker macam aku ni nak membaca. Boleh aku nak follow selalu. Tak payah nak susah2 dan susahkan orang lain nak membaca blog anda. U senangkan I, I senagkan U, adilkan?




#3 Typo error
Yang ni sume orang buat silap. Aku pun sama juga. tapi aku dah ubah gaya penulisan aku sebab aku nak kasi semua orang faham apa yang aku nak tulis. Hehee.. sekali lagi aku bajet. maksud aku yang typo error neh kalu blog orang tu memang jenis penulis ikit bahasa ibunda kita dan kita seronok je nkabace tetibe ade typo error. "errk? awak2, aritu saya ade bace blog awak, tapi kenapa awk tulis" Jumpa lagi, b**i semuaaaaa!!!!' sampai hati awak memb**ikan kami peminat kipas susah mati blog awak, isk..isk...(menagis atas bahu penulis)" Tak ke dia dah mencemarkan reputasi beliau sendiri dan membiarkan peminat susah nak mati tu bertempiaran lari mencari penulis yang lebih berkaliber macam abang khairul. Hekhekhek... tapi orang kata kalu da suka apa pon boley...





#4 Gambar
1 2 3.. smile!! tangkap sana! tangkap sini! pose lagi!! hah ni lagi satu. Aku pon suke tengok blog2 yang banyak gambar2 neh tapi aku tak bape nak kenan kalu letak gamba yang bukan2. Kalu macam perempuan pula khususnya remaja yang berhijab ni aku sarankan tak payah le letak gambar beria2 sangat. tak manis dipandang orang. Lagi2 kalu dekat laman sosial. Kesian pon ade aku tengok gadis2 skang ni memaparkan kecantikan mereka macam tu sahaja. Aku dah lame dok peghati je orang2 yang macam nie. Dalam ati kecik aku ni berdoa la supaya mereka cepat2 sedar.Biarla kita simpan anugerah tuhan tu untuk insan2 yang tepilih sahaja. Pernah tahu tak ade orang menyihir melalui laman sosial?? haaa.. mesti takut kan?? jadi hadkan lah gambar2 anda yang posing sana sini tak tentu arah wat mata bulat, pipi kembung dan baaaajet ayu tu.. kalu dalam henpon tu tak ade langsung gambar anda lagi baik.. Tapi kalu tanya aku dalam enpon aku tu memang penuh gamba aku sorang je. Lantak lah enpon aku. Apa da hal....

"kesian kan lah saya, saya nk glamer jugakkkk"



Itu sahaja lah aku ase yang mampu aku contengkan. Kalu ade yang terasa ati tu ampun maaf dipinta. Ini blog aku Apa da hal... (actually, aku pun tak tahu the rule of blogging. kalu ade sesiapa nak share, silakan....)

Monday, May 23, 2011

nak tahu sesuatu???

aku memang tak rajin nak hapdet aku punye blog ni..

rasa banyak benda aku nak conteng2..

malangnya idea bercampur baur..

jadi..

aku memang tak rajin nak hapdet blog... terima kasih

Saturday, February 5, 2011

Kampungku...

Baru tadi aku sampai rumah dari kampung. Seronok balik kampung sekali sekala. Dapat gak la aku tengok suasana kampung. Kalau dah duduk dalam bandar (bajet budak bandar la kau waniey), sekali sekala pulang ke kampung memang seronok. Ok, ari ni aku nak cerita pasal kampung aku.

Actually aku ni dah tak ade kampung dah sebenarnya. Tapi belah mak aku la. Belah abah aku lak ade kat segamat.Kampung asal aku kat Kampung Kemahang, Lipis. kat situ lah mak aku berjuang nak melahirkan aku ni hah. Sekejap aku tinggal kat kampung tu, pastu aku tinggal kat Bandar Jengka pulak sebab mak abah aku memang keje kat sana.

Nak jadikan cerita, aku suka balik kampung aku ni. Ade air terjun. Aku ingat lagi time aku kecik2 aku suka ikut aki aku (apak mak aku) pergi kedai waktu petang. Aku time kecik2 dulu kalu petang2 memang aku aim aki aku tu. Aku dok peghati je gerak geri dy. Kalu dia da start amek kunci kereta katak dy tu, mula la aku wat muka kesian duduk kat beranda kat depan tuh. Dengan cara tu, dapat la aku ikut dy pegi kedai untuk mendapatkan makanan ringan, jajan mahupun cekedis (kalau pak cik aku panggil kue) sebarang dua untuk ditunjukkan kepada akak dan adik aku.. huhu.. blagak3.. Tapi dalam kete aku tak cakap ape pun.Sampai ke besor la pangai aku macam ni. Bila da sampai rumah baru la aku dengan riaknye menunjukkan makanan2 yang aku kikis duit aki aku tadik.. hikhik2..

Bila time pose, aku suka ikot pak cik aku, pergi mandi air terjon. Punye pandai tak pandai la pak cik aku ni bawak aku konon2 nak pegi kedai je, sapp!! dy bawak aku teros g air terjon. Maklom la, time tu pak cik aku pun budak2 lagi. Seingat aku dy dlm usia lepasan SPM cam tu la. Aku pun tak sure. Tapi sekarang, aku rindu betul tempat tu. Aku tak ingat dah ape name tempat air terjon tu tapi tiap kali aku lalu kat kawasan tu, mesti aku cuba ingat balik name air terjun tu. Kat situ tak de signboard bubuh nama air terjun tu. Tak pe, nanti aku cuba carik.

Pas tu, aku masa kecik2 dulu dalam umor 7 8 taun cam tu, aku ngan adik aku suka balik kampung. Kitorang suka habiskan sisa2 cuti sekolah kat sana. Ade satu time ni aku ngan adik aku yang hat pompuan tu kene tinggal kat kampung sebab mak abah aku ade kerja di luar kawasan ( xleh blah nye ayat). Lama gak la kitorang tinggal kat kampung. Masa tu kitorang dapat kawan nagn budak kampung ni. Sorang nama Yun n akak dy name mende tah aku tak ingat. So berkawan la kitorang ngan budak ni. Cite sal budak ni aku citer entry yang lain sebab banyak gak kes aku ngan budak2 ni buat masa kat kampung dulu.

Jadi sekarang, kampung aku tu dah berkubur. Maksud aku, kampuang tu ade lagi, tapi rumah arwah wan ngan aki tu dah tak ade orang duduk. Anak2 sume dah ade haluan masing2. Pokok pun dah tumbuh kat dalam rumah tu. But siesly aku rindu gila suasana kat kampung.

Jadi kalau time raya ke atau masa2 cuti, biasanya kami sekeluarga akan pulang ke rumah mak ngah kat Benta. Itu je lah kira kampung kitorang kat Pahang ni. Ada masa kadang2 kitorg g jugak tengok rumah kampung kat Kemahang tu. Tapi sape berani nak masuk rumah yang dah tak nampak macam rumah ye dak? Tengok je lah cam tu.

Tapi tu lah, kalau dah membesar dekat kawasan macam bandar ni kan, kalau masuk kampung agak kekok la. Itu aku. Aku xnak gak dilabelkan budak bandar sebab aku pun asal dari kampung cuma membesar tidak 100% cara orang di kampung. Ape pun, aku tetap orang kampung. Masak lemak, tempoyak, ulam2 sumer aku makan. Itu dah cukup membuktikan aku orang kampung kan3?? hahaha.. (ape kau merepek ni waniey oii)

Macam biasa, aku selalu ketandusan bab menulis. tak ape, USAHA ESKELETOR KEJAYAAN!!






~ tak semua yang baik dipandangan mata manusia itu, baik di pandangan Allah. Yang penting, hati kena mau bersih baru orang senang dengan kita... go2 waniey!!



Tuesday, February 1, 2011

menyendiri lagi.. menyendiri lagi....

Dedali- disaat ku mencintaimu

konseppp... ari ni aku ase macam lonely semacam.. dia pergi mencari ketenangan kerana fikirannya yang bercelaru.. disebabkan aku mungkin...

Hanya kerana isu kecil disaat aku sedang membuat kuih diruangan tamu, dingin je rasanya.. tapi bagi aku, itu bukan perkara kecil.. tak tahu mengapa, isu itu cukup membuatkan aku toucing nak mati...


salah ke kalau seorang perempuan tu tak pandai masak? bukan tak tahu tapi barangkali tidak lah setaraf seperti ibu2 yang telah bertahun menjadikan dapur itu sebagai medan untuk menambat hati para suami..

konsepnya.. aku masih belum bersuami tapi aku juga berusaha untuk memperbaiki skill masakan aku..

Bagi aku.. untuk seseorang yang masih belum sah tarafnya sebagai teman hidup kepada seorang wanita itu, tak patut rasanya wanita itu dinilai hanya pada ciri fizikal yang ada padanya sahaja.. dunt judge the book by its cover beb..


kesimpulannya.. berlegar2 lagu dedali tu dalam kepala otak aku sekarang....




~~ ikut lah syariat.. insya Allah... bahagia here and here after.. (en.shehdi)
berserah.. itu sahaja yang aku mampu lakukan.. aku harap, bila tiba masa untuk aku membuat keputusan yang paling tepat, aku akan lakukan yang terbaik dan tiada penyesalan lagi...

mood - down......